Ringgit dijangka diniagakan turun naik minggu depan seiring dengan mata wang negara pesat membangun lain memandangkan ekonomi global terus mengalami tekanan susulan kebimbangan terhadap COVID-19 terus mempengaruhi pasaran global.
Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan berkata pelabur global akan memantau petanda kelembapan ekonomi seterusnya yang disebabkan COVID-19 dan pada masa sama menunggu data Indeks Pengurus Pembelian, perbelanjaan runcit dan angka perdagangan luaran yang dijangka diumumkan minggu depan.
"Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar setahun penuh yang disemak semula oleh Bank Negara Malaysia dipantau rapi, memandangkan para pelabur semakin bimbang mengenai kesan COVID-19 ke atas ekonomi domestik dan dunia, dengan Perintah Kawalan Pergerakan telah mengganggu aktiviti ekonomi di seluruh negara.
"Data indeks harga pengguna Malaysia bagi Februari dijangka pada 1.5 peratus, yang menunjukkan tekanan inflasi masih di tahap boleh urus. Langkah-langkah sokongan fiskal dan monetari yang telah dilaksanakan oleh penggubal dasar akhirnya harus membantu menampan asas-asas ekonomi Malaysia, apabila wabak COVID-19 memuncak dan tingkah laku tidak menentu pasaran berkurangan," katanya.
Beliau berkata bagi minggu depan, keredaan tekanan pendanaan USD yang berterusan boleh mendorong USD/MYR menghampiri semula paras psikologi 4.30.
"Bagaimanapun, sekiranya kenaikan kecil dolar AS dan penghindaran risiko terus tidak berkurangan, ringgit boleh susut melepasi paras 4.40 berbanding dolar AS sekali lagi, kembali semula kepada paras yang tidak dilihat sejak suku pertama 2017," katanya.
Setakat ini, Malaysia mencatatkan 1,030 kes COVID-19 dengan tiga kematian, dan menjadi yang ketiga tertinggi di Asia.
Dari segi minyak mentah, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global, berada pada US$34.52 setong sebelum merosot kepada US$28 setong pada Khamis.
Ia meningkat semula pada Jumaat kepada US$31.17 setong susulan gangguan pengeluaran di Iran berikutan penularan COVID-19.
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada 4.3947/4012 daripada 4.2750/2800 pada Jumaat minggu lepas.
Pada Khamis, ia mencecah paras 4.40 sebelum naik sedikit pada Jumaat dengan disokong harga minyak mentah yang lebih tinggi.
Berasaskan Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan meningkat berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit naik berbanding dolar Singapura pada 3.0303/0369 daripada 3.0360/0406 minggu lepas, dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9811/9898 daripada 4.0228/0279.
Unit tempatan stabil berbanding euro kepada 4.7204/7303 daripada 4.7730/7790 minggu lepas dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.1926/2042 daripada 5.3822/3902.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 21 2020
Keredaan tekanan pendanaan USD yang berterusan boleh mendorong USD/MYR menghampiri semula paras psikologi 4.30. - Gambar hiasan
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.