ANTARA kes muflis terbesar dalam sejarah India, syarikat Videocon Group akui telah tertunggak bayarannya kepada beberapa peminjam sehingga 900 bilion rupee bersamaan dengan AS$90 bilion.

Menurut laporan Indiatimes, dua syarikat Videocon Industries Ltd (VIL) dan Videocon Telecommunication Ltd (VTL) hutang 594,518.70 juta rupee dan 266,673.81 juta rupee kepada bank-bank India, diketuai oleh State Bank of India (SBI).

Tambahan pula, 731 pemiutang beroperasi lain telah membuat tuntutan lain berjumlah 31,117,971,029 rupee dan 12,669,978,507 rupee berjumlah lebih 900 bilion rupee.

Malah, promoter syarikat itu tersebut – Venugopal Dhoot, Pradipkumar Dhoot dan Rajkumar Doot – turut menuntut hampir 600 juta berdasarkan jaminan peribadi kepada VIL.

Menurut sumber industri, kes ini bakal menjadi kes muflis terbesar dalam sektor swasta di India susulan Akta Ketaksolvenan dan Kebankrapan (IBC) yang diperkenalkan pada 2016 bagi penyelesaian hutang.

Tahun lepas, syarikat tersebut dihantar oleh SBI ke Tribunal Undang-undang Syarikat Nasional selepas syarikat yang dimiliki keluarga Dhoot itu tertunggak dalam bayaran pinjamannya.

Menurut undang-undang IBC, lembaga pengarah syarikat berkenaan telah digantung dan seorang Resolution Professional dilantik untuk mengurus operasi harian syarikat itu.

Secara keseluruhan, VIL telah menamakan sebanyak 54 bank India serta bank asing dan institusi kewangan yang mana ia berhutang hampir 600 juta rupee.