Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM355 juta bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2019 berbanding RM266 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
Ia sebahagian besarnya didorong oleh pertumbuhan pascabayar yang kukuh, purata pendapatan setiap pengguna (ARPU) yang tinggi dan pertumbuhan langganan fiber dalam kalangan pengguna dan perusahaan yang konsisten, menurut Maxis dalam kenyataan hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan komunikasi dan Internet itu berkata pendapatannya naik kepada RM2.59 bilion daripada RM2.44 bilion sebelum ini dalam suku tahun sama.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019, keuntungan bersih syarikat itu berjumlah RM1.52 bilion berbanding RM1.78 bilion pada tahun kewangan 2018, manakala pendapatan meningkat kepada RM9.31 bilion daripada RM9.19 bilion sebelum ini.
Disokong oleh aliran tunai operasi bebas yang kukuh, Maxis turut mengumumkan dividen interim keempat bersih 5 sen sesaham menjadikan dividen tahunan kepada 20 sen.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gokhan Ogut berkata Maxis giat mengembangkan operasi perkhidmatan tetapnya dan membina asas pelanggan fiber kediaman yang kukuh, sejajar dengan Pelan Fiber dan Penyambungan Negara kerajaan.
"Sentiasa di barisan hadapan teknologi, kami mempercepatkan 5G dan bersedia untuk digunakan sebaik spektrum disediakan.
"Kami gembira untuk bekerjasama dengan rakan komersial kami, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), untuk merealisasikannya," katanya.
Mengenai prospek, Maxis berkata walaupun ia mempunyai penglibatan yang aktif dengan SKMM mengenai cadangan konsortium 5G, proses itu dalam peringkat awal.
"Oleh itu, kami tidak mengambil kira ini dalam tahun kewangan 2020 kami pada masa ini. Begitu juga, sebarang impak daripada COVID-19 ke atas prestasi kami yang terlalu awal untuk menentukannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020
Disokong oleh aliran tunai operasi bebas yang kukuh, Maxis turut mengumumkan dividen interim keempat bersih 5 sen sesaham menjadikan dividen tahunan kepada 20 sen. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.