Malaysia kecewa dengan tindakan Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya untuk menentang draf resolusi yang dikemukakan Mesir bagi membatalkan keputusan mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyifatkan keputusan undian 14-1 menunjukkan dengan jelas penentangan komuniti antarabangsa terhadap tindakan Washington itu.

Pada masa sama, Kuala Lumpur mengalu-alukan inisiatif Turki memanggil mesyuarat tergempar UNSC bagi membincangkan isu berkenaan.

Presiden Donald Trump pada 6 Disember lalu mengumumkan iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Ia juga menyatakan hasrat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke kota Baitulmaqdis.