Kes bateri vape meletup bukan sesuatu yang baharu, malah sudah beberapa insiden ini dilaporkan terumatanya ketika produk berkenaan menjadi trend.

Baru-baru ini, seorang lelaki, Amine Britel dari Perancis hampir kehilangan kemaluannya gara-gara vape digunakan meletup dalam poket seluar yang dipakainya.

Menurut portal Daily Mail, kejadian itu dilapor berlaku di hadapan sebuah kelab malam di Toulouse Perancis dan ia berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik kelab tersebut.

Difahamkan, letupan itu menyebabkan Britel mengalami kecedaraan di bahagian abdomen dan jarinya.

Bagaimanapun, kecederaannya tidak begitu parah kerana Britel ketika itu memakai baju jenis kain kapas.

Menurut Britel, dia membeli bateri vape buatan China dari sebuah kedai tempatan.

Meskipun punca sebenar masih belum diketahui tetapi lelaki berkenaan nekad mahu menyaman syarikat berkenaan.