KUALA LUMPUR:Penting untuk anda memastikan penggunaan bateri telefon pintar dengan berkesan, penting juga untuk anda memastikan pengecasan bateri secara optimum bagi mengelakkan kerosakan di masa akan datang.
Mengikut artikel terbitan ETX Daily Up, ada empat tips yang boleh diikuti bagi memastikan jangka hayat bateri lebih lama.
Artikel itu berkata, bateri jenis lithium-ion yang digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis telefon pintar di pasaran, secara teorinya, menyokong pengecasan antara 500 hingga 1,000 pusingan sebelum sampai ke hujung jangka hayatnya.
Elakkan mengecas bateri hingga 100%
“Secara amnya, tidak perlu mengecaj telefon pintar anda sehingga 100%. Apa yang perlu anda lakukan secara ideal ialah membiarkan ia sampai ke tahap 80% sebelum menutup pengecas itu.
“Anda juga perlu memastikan tahap bateri anda tidak perlu terlalu rendah sebelum mengecasnya. Sebaik sahaja bateri anda jatuh ke tahap bawah 30%, maka anda dinasihatkan untuk mengecas telefon pintar anda,” menurut artikel itu lagi.
Elakkan membuat cas pusingan penuh sebanyak mungkin
“Tidak berguna, dan tidak dinasihatkan untuk anda menunggu tahap bateri jatuh sehingga ke paras bawah 5% untuk memulakan cas. Sebaliknya, cas pusingan penuh – 0% hingga 100% - hanya dinasihatkan apabila paparan mobil tidak lagi menunjukkan keadaan yang sebenar.
“Sebagai contoh, telefon pintar anda mati walaupun paparan menunjukkan ada baki antara 20 hingga 30% lagi tahap bateri. Cas pusingan penuh akan bertindak sebagai perehat kepada telefon pintar anda,” laporan itu berkata.
Jangan biarkan telefon pintar dicas semalaman
“Anda harus mematikan pengecas apabila bateri mencapai tahap 100%, bagi mengelakkan sebarang kerosakan terhadap komponen di dalamnya. Memasang pengecas sebelum anda masuk tidur, dan mematikannya pada pagi keesokan harinya tidak digalakkan sama sekali.
“Walaupun kebanyakan telefon pintar di pasaran boleh mengesan jika bateri telah mencapai tahap 100%, ia tetap tidak digalakkan, dan perlu dielakkan,” katanya lagi.
Berhati-hati dengan kepanasan melampau
Secara amnya, lebih baik jika suhu telefon pintar tidak mencecah atau melebih 45°C sewaktu proses pengecasan.
“Walaupun boleh terus menggunakan telefon pintar anda sewaktu ia sedang dicas, anda dinasihatkan untuk mengelak penggunaan aplikasi atau aktiviti (terutamanya permainan mobil) yang mampu meningkatkan suhu telefon pintar secara mendadak.
“Anda juga perlu mengelakkan telefon pintar anda berada di bawah sinaran matahari secara terus sewaktu dicas. Jika ini terus dibiarkan, ia mampu merosakkan bateri, dan mengurangkan jangka hayatnya,” menurut artikel itu lagi.
Agensi
Fri Feb 12 2021
Ada empat tips yang boleh diikuti bagi memastikan jangka hayat bateri lebih lama.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Magnetometer telefon pintar kini boleh kesan tahap glukosa, PH tanpa sampel darah
Penyelidik melihat alat ukuran rekaan mereka ini boleh digunakan untuk menyukat tahap glukosa dalam tubuh menggunakan air liur oleh pesakit diabetes.
Pelajar kolej vokasional ditemukan meninggal dunia, 13 ditahan bantu siasatan
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai di bilik asrama sebuah kolej vokasional, di sini pagi tadi.
Sistem kesan apnea tidur Samsung Galaxy Watch terima kelulusan FDA
Sistem pengesanan apnea tidur Samsung memerlukan waktu tidur pemakai dijejak selama empat jam sehari selama dua hari.
7 daripada 10 telefon paling laris 2023 ialah iPhone, 3 lagi keluaran Samsung
iPhone 14 Pro Max mencatatkan jualan tertinggi dengan 34 juta unit.
Apple dilapor bangunkan dua prototaip iPhone dengan skrin boleh lipat
Pembangunan masih pada peringkat yang sangat awal, dan sekiranya melangkah ke tahap pengeluaran, ia dijangka tidak seawal 2024 atau 2025.
Ketagihan telefon pintar: Minimal dibangun dengan papan kekunci fizikal, skrin e-ink
SUDAH wujud beberapa percubaan untuk mengembalikan era papan kekunci fizikal pada telefon pintar moden tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan seperti Blackberry Ket 2.
Bateri telefon tahan 50 tahun tanpa perlu dicas sedang dibangunkan
Betavolt mengumumkan kejayaan membina bateri nuklear yang boleh bertahan sehingga 50 tahun tanpa perlu dicas.
Rabbit R1 satu lagi peranti AI cuba ganti telefon pintar
AI ada masa hadapan yang cerah, tidak seperti NFT. Penggunaan AI generatif benar-benar dilihat boleh membantu manusia.
Apple iPhone pegang 71% pasaran peranti premium global
Samsung di tangga kedua dengan 17% diikuti oleh Huawei (5%), Xiaomi (2%), Oppo (1%) dan pengeluar-pengeluar lain (4%).