Seorang lelaki menembak mati isteri dan dua anaknya sebelum membunuh diri di kediaman mereka di California.

Suspek Michael Birnkrant, 51 tahun, dipercayai menembak mati isterinya Amy Birnkrant, 47 tahun, dan dua anak mereka Drew, 20 tahun, dan Sean, 11 tahun.

Polis Los Angeles menjumpai empat mayat di lokasi kejadian pada Jumaat selepas dihubungi jiran keluarga tersebut.

Menurut polis, keempat-empat mayat tersebut ditemukan cedera di bahagian dada di bilik berasingan di rumah mereka.

Polis menjumpai sepucuk pistol berhampiran mayat Michael.

Portal New York Daily News melaporkan Michael pernah menjadi pemandu peribadi selebriti ternama Hollywood, antaranya Steven Spielberg and J.J. Abrams.

Selain itu, dia juga terlibat sebagai pemandu di set penggambaran filem “Mission: Impossible III” dan “Little Fockers.”