IPOH: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mengabaikan empat anaknya, minggu lalu.
Tertuduh, Kamarul Kamil Abd Rifin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan pengabaian terhadap tiga anak lelakinya berusia 11 tahun, tiga tahun dan 10 bulan serta anak perempuannya berusia enam tahun.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Kompleks Pejabat dan Kuaters Kerajaan, Kampung Gajah sekitar jam 10.44 pagi, 23 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 33(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Di samping itu, tertuduh juga boleh diperintahkan melakukan khidmat masyarakat antara 36 jam hingga 240 jam dan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj bagaimanapun tidak menawar sebarang jaminan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan khidmat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan hukuman.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah, minggu lalu.
Siasatan dijalankan mendapati kanak-kanak itu termasuk bayi berusia 10 bulan ditinggalkan oleh seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.
Terdahulu, pada 23 Oktober lepas, empat kanak-kanak itu ditemukan ditinggalkan di kompleks berkenaan sekitar jam 10.50 pagi.
Mereka ditinggalkan bersama satu bungkusan plastik yang berisi susu dan lampin pakai buang.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 01 2023
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat. - Astro AWANI
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
Wanita diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam kerana tinggal anak tanpa jagaan
Seorang ibu hari ini diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, kerana mengabaikan tiga anaknya.
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.