ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 3 Julai 2020.

1) 17 vaksin COVID-19 masuk fasa kedua ujian - WHO

Ujian ke atas 17 vaksin COVID-19 kini memasuki fasa kedua, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

2) Rindu pada skrin besar tapi masih bimbang pada COVID-19? Ini cara di Thailand!

Peminat filem di Thailand pada Khamis mula berpusu-pusu untuk mendapatkan tempat di tapak tayangan wayang pandu masuk, yang turut menawarkan sistem pendingin untuk membantu menambah keselesaan penonton yang duduk di dadalm ruang kenderaan masing-masing pada malam yang hangat.

3) 80 pelajar Universiti Washington disahkan positif COVID-19

Sekurang-kurangnya 80 pelajar yang menetap di kolej kampus Universiti Washington, di Seattle, Amerika Syarikat dilaporkan positif COVID-19 dengan ratusan keputusan masih belum disahkan.

4) Kes baharu positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 60,000, kematian 3,036

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 60,000, iaitu tambahan 1,301 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

5) Bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia

Bapa kepada jaguh seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov meninggal dunia pada Jumaat dipercayai akibat jangkitan COVID-19.

6) Keputusan penghakiman insiden berdarah Christchurch diketahui 24 Ogos

Mahkamah Australia menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh keputusan penghakiman ke atas tertuduh Brenton Tarrant selepas lelaki itu mengaku bersalah dalam kejadian tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand tahun lalu.

7) Rakyat Texas diwajibkan menggunakan pelitup muka di tempat awam

Setakat Selasa, 38 lagi penghuni asrama itu disahkan positif COVID-19. Jumlah kes positif dalam kalangan pelajar dijangka akan meningkat sehingga awal minggu hadapan.

8) Perdana Menteri Perancis letak jawatan

Dalam satu kenyataan, Istana Elysee memaklumkan, tiada sebab diberikan namun peletakan jawatannya itu diterima oleh Presiden.

9) Hotel emas pertama dunia dibuka di Vietnam

Dikenali sebagai Hotel Dolce Hanoi Golden Lake, ia meliputi 25 tingkat dan menampilkan rekaan berasaskan emas bermula dari sinki hingga ke bumbung kolam renang.

10) Royal Albert Hall berisiko bankrap menjelang tahun depan

Dewan ikonik itu hilang pendapatan kira-kira £12 juta (RM64 juta) sejak terpaksa menutup operasinya berikutan perintah berkurung yang dikuatkuasakan sejak Mac lalu.