Drama bermula awal sewaktu persidangan akhbar pertama Donald Trump sebagai bakal presiden.
Trump yang diketahui ramai banyak menghabiskan masa dalam kempen pilihan raya presidennya dengan 'menghentam' pihak akhbar dengan tuduhan bahawa liputan media tidak adil, telah memulakan sidang media pertamanya dengan pujian terhadap New York Times dan beberapa organisasi media lain.
Tujuan beliau bertindak sedemikian? The Times dan lain-lain cuba untuk tidak melaporkan salah laku dan tuduhan tidak berasas yang mengatakan Trump mungkin diugut oleh Rusia.
Pujian itu walau bagaimanapun tidak bertahan lama. Trump telah mengeluarkan kritikan pedas terhadap organisasi yang dikatakan telah melampaui batas, iaitu Buzzfeed yang telah mengeluarkan teori tidak berasas mengenai tuduhan tersebut dan CNN, organisasi pertama yang melaporkannya secara meluas.
“Kamu adalah berita palsu,” kata Trump kepada wartawan CNN Jim Acosta, sambil menuduh organisasi itu sebagai teruk dan enggan menjawab sebarang soalan daripada Acosta meskipun ditanya berkali-kali.
Kejadian tersebut merupakan satu daripada beberapa adegan dramatik dalam sidang media pertama dalam tempoh enam bulan bagi Trump, yang bakal memasuki Rumah Putih pada 20 Januari.
Sebelum itu, turut berlaku kekacauan awal dalam acara di lobi menara Manhattan itu. Pasukan Trump hanya menyediakan 80 buah kerusi dan jumlah itu tidak mencukupi bagi 250 wartawan yang hadir.
Kumpulan Trump juga menimbulkan situasi suspens apabila empat orang pengiring telah masuk ke dalam ruang persidangan dan meletakkan timbunan kertas di atas meja dan mengatakan bahawa Trump akan menjelaskannya kemudian.
Kumpulan sorak
Sewaktu Trump tiba, sekumpulan kakitangan dan penyokong berdiri di satu ruangan berdekatan lif di lobi Menara Trump bertepuk tangan meraikan kedatangannya.
Kumpulan tersebut seolah-olah bertindak sebagai kumpulan penyorak Trump sewaktu sidang media, bertepuk tangan dan bersorak kepada setiap hujah yang disukai mereka. Pihak media tidak selalunya bersorak kepada presiden dalam sidang media.
Pada mulanya, Trump berdiri di sudut bersama tiga anaknya sewaktu beliau membuat dua ucapan awal – satu daripada bakal Setiausaha Akhbar, Sean Spicer dan satu lagi daripada rakan seperjuangannya, Mike Pence. Kedua-dua mereka menghentam organisasi media kerana melaporkan tuduhan tidak berasas.
CNN kemudian mengeluarkan kenyataan mengenai laporan organisasinya.
“Keputusan CNN untuk menyiarkan laporan bersumber secara berhemah mengenai operasi kerajaan adalah sangat berbeza dari keputusan Buzzfeed untuk melaporkan secara tidak berasas,” jelas beliau. “Pasukan Trump tahu mengenai ini.”
Ketua Pegawai Eksekutif Buzzfeed Jonah Pretti dalam sebuah memo kepada pekerjanya membela keputusan mereka untuk menerbitkan laporan tersebut dan merujuk laporan itu sebagai sebuah 'dokumen yang bernilai berita'.
Sewaktu Trump mengakhiri ucapannya, beliau menunjuk ke arah timbunan kertas di atas meja. Menurut Trump, dia tidak pasti jika kertas kerja yang beliau isi itu sudah dijelaskan kepada umum. Ia adalah kertas kerja yang meletakkan urusan perniagaannya kepada anak-anak lelakinya sepanjang dia menjadi presiden, sehingga tempoh maksimum lapan tahun.
Sekiranya selepas lapan tahun anak-anaknya tidak menjalankan perniagaan dengan baik, beliau akan berkata: “Kamu dipecat!" - iaitu satu ungkapan popular dari rancangan The Apprentice yang pernah diacarakannya.
Agensi
Thu Jan 12 2017
"Kamu adalah berita palsu!" Kata Trump kepada wartawan CNN Jim Acosta. - Foto REUTERS/Lucas Jackson
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
'Berita kamu palsu!', tempik Trump kepada wartawan CNN
Drama itu bermula awal sewaktu persidangan akhbar pertama Donald Trump sebagai bakal presiden.