JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini melebihi 29 juta, disumbang hampir 300,000 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, data Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di seluruh dunia ialah 29,148,599.

Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6,551,575 jangkitan.

Ini diikuti India dengan 4,846,427 kes, manakala Brazil merekodkan 4,330,455 kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta iaitu sebanyak 1,064,438.

Sementara itu, Peru, Columbia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Kes positif COVID-19 di Chile, Perancis dan Iran sudah melepasi angka 400,000 sementara di United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan melebihi 300,000.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Iraq, Turki, Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Ukraine, Israel Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador Kazakstan dan Romania.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.