JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini memasuki angka 8.2 juta kes setakat awal pagi Khamis.

Menurut data terbaru daripada Johns Hopkins University, ia menyaksikan peningkatan sebanyak lebih 200,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.15 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.15 juta kes.
Brazil dan Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta kes dengan masing-masing mencatatkan 923,000 kes dan 552,000 kes.

Negara keempat merekodkan kes jangkitan yang tinggi ialah India dengan lebih 354,000 kes.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Sepanyol, Itali, Peru dan Chile.

Sementara sembilan lagi negara merekodkan kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis, Iran, Jerman, Turki, Mexico, Pakistan, Arab Saudi dan Kanada.