Filipina akan mengenakan perintah berkurung di ibu negaranya, Manila, bermula Ahad sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19 pada Sabtu.

Filipina yang baru-baru ini mencatatkan kematian kelapan, mengambil inisiatif tersebut bermula jam 8 malam sehingga 5 pagi, bermula (Ahad) 15 Mac hingga 14 April.

Terdahulu, presiden negara itu, Rodrigo Duterte mengeluarkan kenyataan berkaitan status kecemasan kesihatan negara itu ke tahap tertinggi.

Demikian itu, beliau mengeluarkan langkah kuarantin di ibu negara dan di rumah kepada sekurang-kurangnya 12 juta orang.

Ia termasuk dengan arahan sekatan perjalanan udara dan darat serta penutupan sekolah dilanjutkan sehingga 12 April.

Perintah berkurung yang mula berkuatkuasa pada Ahad itu turut dipersetujui oleh pegawai bandar dan bandar raya Manila sendiri.

Untuk itu, operasi perniagaan seperti pasar raya, kedai runcit, bank dan farmasi masih berjalan seperti biasa.

Tempoh berkurung pada waktu malam akan bermula 15 Mac hingga 14 April, namun sebahagian pekerja dikecualikan. Bagaimanapun, bagi sesiapa yang melanggar arahan tidak akan ditangkap.

BACA: COVID-19: 'Mohon telus, beri penjelasan!' - China dakwa tentera AS bawa virus ke Wuhan

BACA: COVID-19: Laungan azan di Kuwait ditukar kepada "solat lah kalian di rumah"

BACA: New Zealand umum langkah persempadan baharu cegah COVID-19

Sementara itu di Jakarta, Indonesia, pihak kerajaan Indonesia mengambil tindakan dengan menutup semua sekolah dan menyarankan pihak sekolah menggunakan sistem pembelajaran jarak jauh untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.

Kenyataan itu dibuat sendiri oleh Gabenor Jakarta pada Sabtu susulan kes COVID-19 yang semakin meningkat dan sehingga 96 kes setakat Sabtu.

Sementara itu, Thailand merekodkan tujuh lagi kes baharu pada Sabtu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Asia Tenggara kepada 82 kes.