Pesakit yang menghidap HIV/AIDS di Zimbabwe menghadapi kesukaran mendapatkan ubat selepas perintah kawalan pergerakan dikenakan di negara itu bagi mengekang penularan COVID-19.

Daniso Phiri dan suaminya yang positif HIV memaklumkan antara cabaran terbesar adalah pengangkutan.

“Ia sukar kerana tiada pengangkutan untuk ambil ubat.

"Sebilangan rakan saya, mereka tidak mendapatkannya dari komuniti tempat mereka tinggal,” katanya.

Phiri dan suaminya adalah sebilangan besar penduduk yang bertarung dengan sistem imunisasi tubuh yang terganggu dan hidup dalam ketakutan kerana mereka lebih terdedah kepada COVID-19.

Sehingga kini, Zimbabwe mencatatkan 23 kes positif dengan tiga kes kematian.