awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha tangani HIV/AIDS berdepan tekanan tatkala COVID-19 berlanjutan - Prof Adeeba

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/06/2021
13:29 MYT
Usaha tangani HIV/AIDS berdepan tekanan tatkala COVID-19 berlanjutan - Prof Adeeba
Antara cabaran lain termasuk kekuatan fizikal dan mental mereka yang menggerakkan inisiatif tersebut. - Foto Britta Pedersen/dpa
KUALA LUMPUR: Usaha menangani dan membasmi penyakit seperti HIV dan AIDS akan berdepan tekanan yang lebih kritikal sekiranya pandemik COVID-19 berlanjutan.
Perkara itu diakui Presiden Komuniti AIDS Antarabangsa (IAS), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman yang menggariskan beberapa kekangan mendepani usaha itu.
Mengulas berkenaan peruntukan dana, Dr Adeeba berkata ia mungkin akan dikurangkan ekoran COVID-19 telah menyebabkan penutupan ekonomi yang memberi kesan kepada pendapatan sesebuah negara.
"Mungkin mengekalkan program sedia ada boleh dilakukan. Namun, untuk melaksanakan program baharu, atau meluaskan program-program yang penting seperti ujian kendiri, semuanya akan berdepan cabaran.
"Sudah tentu, program baharu memerlukan peruntukan yang baharu, sama juga dengan meluaskan program sedia ada, juga memerlukan peruntukan baharu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai 'HIV dan AIDS ketika pandemik COVID-19 di Asia Tenggara' anjuran AIS pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Dr Adeeba yang juga merupakan pakar penyakit berjangkit di Universiti Malaya (UM) berkata antara cabaran lain termasuk kekuatan fizikal dan mental mereka yang menggerakkan inisiatif tersebut.
Jelasnya, individu yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti pencegahan dan klinikal melibatkan HIV dan AIDS adalah mereka yang sama terlibat dalam menentang virus COVID-19.
"Jika dilihat sebelum COVID-19 melanda dunia, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Singapura telah mencapai sasaran. Namun, kes (HIV) di Malaysia dan Filipina terus menunjukkan peningkatan.
"Kita telah bersusah payah sebelum COVID-19, dan kini usaha itu perlu digandakan tatkala pandemik ini meruncing, yang telah memberi cabaran yang luar biasa," katanya.
Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 3,564 individu dijangkiti HIV pada 2019 menjadikan keseluruhan 77,903 individu hidup dengan virus itu.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#pandemik
#COVID-19
#penyakit berjangkit
#Singapura
#KKM
#UM
#AIDS
#Thailand
#Filipina
#Malaysia
#ekonomi
#HIV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan