awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

124 kes HIV baharu di Johor - Exco

Bernama
Bernama
14/08/2023
15:37 MYT
124 kes HIV baharu di Johor - Exco
Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini. - Gambar fail/ETX
JOHOR BAHRU: Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 124 kes dikategorikan sebagai HIV baharu sehingga Minggu Epid 32/2023 dengan daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi sebanyak 68 kes diikuti Kluang (13) dan Batu Pahat (11).
"Daerah Segamat pula lapan kes, Kota Tinggi (tujuh), Muar dan Kulai masing-masing enam, Tangkak dan Pontian masing-masing dua, manakala Mersing hanya satu kes.
"Daripada jumlah kes HIV baharu ini, 117 kes atau 94.3 peratus melibatkan lelaki dan tujuh kes atau 5.7 peratus pula wanita. Terdapat enam kes melibatkan individu berumur antara 13 hingga 19 tahun," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Menurutnya, diaporkan bahawa faktor penyumbang kes HIV baharu itu adalah disebabkan hubungan homoseksual atau biseksual dan juga melalui hubungan heteroseksual.
Bagi kes AIDS pula, Ling berkata sebanyak 164 kes dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini berbanding 147 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Katanya, dalam tempoh itu, kmatian akibat HIV dan AIDS masing-masing adalah sebanyak 10 kes dan 31 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes HIV
#AIDS
#Johor
#Ling Tian Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan