TURKI memulakan ujian saringan secara berskala besar dalam usaha mengenal pasti tahap jangkitan COVID-19 di kalangan penduduk negara itu.

Ujian saringan itu dilakukan di kesemua 81 wilayah negara itu membabitkan 150,000 penduduknya.

Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Kica berkata, dua kaedah pengambilan sampel dilakukan iaitu secara ujian antibodi dan polymerase chain reaction.

Menurutnya, ujian berkenaan terpaksa dilakukan ketika negara itu menyaksikan peningkatan jangkitan positif sehingga 1,500 kes sehari.

Peningkatan kes itu susulan kelonggaran pergerakan susulan keputusan kerajaan Turki untuk membuka semula beberapa sektor ekonomi negara itu.

Jumlah kumulatif kes positif di Turki kini lebih 170,000 kes.

Terdahulu pada awal Jun, kerajaan membenarkan kafe, restoran, gimnasium taman, pantai dan muzium kembali beroperasi.