Pernakah anda mengimpikan kehidupan di sebuah pulau di Laut Meditranenan?

Mimpi itu mungkin menjadi nyata dengan hanya 1 Euro atau RM5.

Tetapi bagi merealisasikan impian berkenaan, anda perlu bertindak pantas kerana tawaran ini hanya dibuka sehingga 7 Februari.

Datuk Bandar Barbagia, Efisio Arbau menawarkan kepada mana-mana pembeli untuk memiliki salah satu rumah batu yang terdapat di Pulau Sardinia pada harga 1 Euro.

Syaratnya, pembeli rumah berkenaan perlu mempunyai wang sebanyak 20,000 Euro hingga 30,000 Euro bagi tujuan membaik pulih rumah yang ingin dibeli.

Setiap rumah yang baru dibeli harus dibaik pulih dalam tempoh tiga tahun dan hanya boleh dijual semula selepas lima tahun.

Pada waktu ini, kampung berkenaan mempunyai sekitar 200 rumah kosong untuk dijual.

Walaupun begitu, pembeli harus mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membaik pulih rumah berkenaan.