Tutup

Berita  | Dunia

Gempa bumi kuat di Rantau Kepulauan Sandwich Selatan

Gempa bumi kuat di Rantau Kepulauan Sandwich Selatan
Pusat gempa itu terletak 3,740 km tenggara dari Puerto Montt, Chile, pada kedalaman 36 km.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter berlaku di Rantau Kepulauan Sandwich Selatan pada 7.55 pagi ini (waktu Malaysia).

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak 3,740 km tenggara dari Puerto Montt, Chile, pada kedalaman 36 km.

Ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. -Bernama