Angka mangsa terkorban dalam gempa bumi di tengah Itali meningkat kepada 247 pagi Khamis, menurut pihak berkuasa, dalam misi menyelamat di kawasan gunung perkampungan.

Ratusan dilaporkan tercedera, sebahagiannya kritikal, dan beberapa lagi terperangkap di bawah runtuhan bangunan dalam kejadian Rabu.

Senario di kawasan gempa begitu menyayat hati dengan puluhan kumpulan penyelamat termasuk ahli paramedik membanjiri lokasi kejadian dalam usaha menyelamat yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Gempa bumi 6.2 magnitud gegarkan ItaliSukarelawan turut menyumbang tenaga dengan menghulur bantuan tanpa henti.

Gempa bumi berukuran antara 6.0 dan 6.2 magnitud itu turut mencederakan 368 lagi selain menyebabkan kesan kemusnahan di seluruh perkampungan di kaki gunung yang sesak dengan pelancong.

BACA: Gempa bumi 6.2 magnitud gegarkan Itali

BACA: Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Itali - Wisma Putra


Antara mangsa yang terbunuh ialah kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang ibunya terselamat dalam satu lagi tragedi gempa bumi pada 2009.


Kementerian Luar melaporkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa itu, dalam satu kenyataan Rabu.