Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong berjaya jalani pembedahan kanser prostate pada Sabtu, menurut kenyataan setiausaha akhbarnya.

Doktor beliau, Dr Sim Hong Gee, seorang urologis konsultan kanan di Hospital Gleneagles dan konsultan pelawat di General Hospital Singapura (SGH), berkata Goh dijangka pulih sepenuhnya oleh kerana kanser berkenaan tidak merebak dan dikesan awal.

Beliau akan berada di SGH untuk beberapa hari lagi.

Goh, 73, menjadi perdana menteri kedua Singapura pada 28 Nov 1990, menggantikan Lee Kuan Yew, dan berkhidmat dalam jawatan itu hingga 12 Ogos 2004, bila beliau berundur.

Tempat beliau diambil alih oleh Perdana Menteri sekarang Lee Hsien Loong.