awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin keluar hospital tidak lama lagi

Bernama
Bernama
06/08/2018
13:37 MYT
Muhyiddin keluar hospital tidak lama lagi
Muhyiddin mengambil cuti bermula 12 Julai untuk menjalani rawatan susulan dan dijangka bekerja semula dalam masa sebulan. - Gambar fail
“Muhyiddin sedang pulih dengan baik dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Doakan semuanya berjalan lancar buat beliau kerana Malaysia perlukan beliau,” kata bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong.
Chok Tong hari ini melawat Tan Sri Muhyiddin Yassin di hospital yang beliau sedang menerima rawatan di sini.
Dalam Facebook beliau, Perdana Menteri Kedua Singapura itu menulis yang beliau berbual mesra dengan Menteri Dalamc Negeri Malaysia itu yang beliau sifatkan sebagai “rakan lama”.
“Kami mengimbas semula apa yang kami telah lakukan untuk memperkukuhkan hubungan Johor-Singapura semasa saya menjadi PM dan beliau Menteri Besar Johor. Saya akan berkunjung ke kediamannya, Saujana, bagi sambutan Hari Raya (durian menjadi hidangan utamanya) dan beliau akan datang ke Istana untuk jamuan malam CNY (Tahun Baharu Cina),” tulisnya.
Chok Tong mengiringi catatannya itu dengan menampilkan tiga keping gambar yang satu daripada turut merakamkan kehadiran anak Muhyiddin, Najwa, yang merupakan seorang penyanyi.
“Anaknya turut menunjukkan kepada saya gambar kami dalam hitam putih di dalam telefon bimbit semasa dia masih kecil,” kata Chok Tong. sebelum mengakhiri catatannya dengan huruf awal namanya GCT.
Menteri Dalam Negeri itu selamat menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan pada pankreas yang dikesan pada tahap awal.
Muhyiddin mengambil cuti bermula 12 Julai untuk menjalani rawatan susulan dan dijangka bekerja semula dalam masa sebulan.Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri semasa Muhyiddin bercuti.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#Facebook
#Goh Chok Tong
#kabinet
#Malaysia
#Menteri Besar Johor
#Muhyiddin Yassin
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan