Dua penyelam Britain yang menjumpai dan terlibat dalam operasi menyelamat 12 ahli pasukan bola sepak 'Wild Boars' dan jurulatih mereka yang terperangkap lebih dua minggu dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, diberi penghormatan oleh pihak berkuasa Thailand.
Jason Mallinson, 50, dan John Volanthen, 47, yang jelas kepenatan, tiba di lapangan terbang Bangkok malam tadi, disambut tepuk sorak orang ramai yang mengucapkan terima kasih atas jasa mereka menyelamatkan mangsa.
"Kami amat lega dapat mengeluarkan mereka semua dengan selamat," kata Mallinson sambil berharap mereka akan lebih berhati-hati di masa depan.
BACA: Misi menyelamat remaja di gua Tham Luang hampir berakhir dengan tragedi
BACA: Mangsa gua Tham Luang diberi ubat pelali kuda?
Sekumpulan menteri kerajaan diketuai Menteri Pengangkutan, Arkhom Termpittayapaisith, turut hadir bagi menyampaikan sijil penghargaan dan pingat kepada dua penyelam berkenaan.
"Ini sebagai tanda penghargaan kami, Perdana Menteri meminta kami menyampaikannya kepada anda.
''Terima kasih atas usaha anda berdua, ia merupakan misi yang hebat dan kami sangat menghargainya.
"Anda berdua sentiasa dialu-alukan di sini, bila-bila masa, anda mempunyai ramai teman di sini," ujar Arkhom sambil menambah penghargaan tersebut juga termasuk penerbangan percuma seumur hidup ke Thailand buat dua hero Tham Luang berkenaan.
BACA: Mangsa Gua Tham Luang mungkin berdepan 'cave disease'
BACA: Rakaman keadaan 13 mangsa Gua Tham Luang di hospital didedahkan
Mallinson dan Volanthen memilih untuk pulang ke Britain walaupun seluruh negara sedang bergembira menyambut kejayaan misi menyelamat yang menarik perhatian seluruh dunia itu.
Mereka turut menolak gelaran hero yang diberikan sambil menegaskan usaha mereka adalah semata-mata untuk membawa keluar mangsa dengan selamat.
"Kami bukan hero, ia merupakan misi yang sukar namun kami berjaya, kami berasa lega ia telah berakhir dan kini masa untuk pulang," ujar Mallinson.
Sementara itu, terdapat sumber mengatakan, kedua-dua penyelam terbabit akan turut diberikan penghargaan di Istana Buckingham. - Dailymail
Sinar Harian
Thu Jul 12 2018
Mallinson dan Volanthen memilih untuk pulang ke Britain walaupun seluruh negara sedang bergembira menyambut kejayaan misi menyelamat mereka.
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.