SEORANG ibu yang menumpangkan anaknya untuk dikandung oleh rakannya tidak sempat menatap wajah bayi yang baru dilahirkan sebelum menutup mata kerana meninggal dunia akibat penyakit yang ditanggungnya.
Bec Arena meninggal dunia pada September, beberapa bulan sebelum rakan baiknya Jessica Brockie, yang merupakan ibu tumpang kepada anaknya, melahirkan bayi lelaki yang sihat di Johannesburg, Gauteng.
Bayi lelaki yang diberi nama Rixon James Arena itu lahir pada 20 Januari lalu, hanya disambut bapanya, Gareth Arena, tanpa isterinya di sisi.
Bec terpaksa mendapatkan bantuan rakannya bagi mendapatkan zuriat kerana menghidap penyakit 'sistik fibrosis'.
Mendiang sebelum ini pernah memuat naik status yang melahirkan penghargaan kepada Jessica kerana kesudiannya mengandungkan anaknya walaupun sudah mempunyai dua orang anak.
Katanya melalui akaun Facebook miliknya pada Julai lalu: "Saya bersyukur kerana Jessica dan keluarga sanggup membantu kami untuk menimang cahaya mata.
"Semua orang tahu penyakit CF ini membuatkan kami sukar mendapatkan zuriat, jadi seakan tidak percaya kami akan memiliki anak sendiri dalam masa kurang enam bulan lagi.
"Tetapi, yang pentingnya ialah menyedari bahawa kami tidak akan mendapat nikmat itu tanpa adanya individu yang begitu baik dan tidak mementingkan diri ini dalam kehidupan kami.
"Kami sangat bertuah dengan adanya Jes dan keluarganya yang banyak membantu selama ini. Siapa sangka selepas bersama di sekolah rendah, di sini kesudahannya kisah kami.
"Saya telah berkawan dengan Jes lebih 20 tahun dan dia sekarang ialah ibu tumpang yang mengandungkan bayi kami."
Dalam pada itu, Jessica turut melahirkan rasa duka cita kerana rakannya telah pergi terlebih dahulu sebelum sempat merealisasikan hasratnya menimang cahaya mata.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Jan 25 2018
Jessica Brockie melahirkan James Arena pada 20 Januari, 2018, beberapa bulan sebelum ibu kandungnya Bec Arena meninggal dunia. Facebook Jessica Brockie
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat pasport lawat keluarga yang sakit di Australia
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu susulan permohonan peguam bela Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad.
Nasib Ten Hag selepas final Piala FA
Manchester United tidak akan memecat Erik ten Hag sebelum perlawanan akhir Piala FA bulan ini.
Mentaliti FOMO, YOLO jerat belia jatuh bankrap
Antara lain tambah Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mohammd Mafrukhin Mokhtar penyebab belia cenderung berbelanja di luar kemampuan adalah disebabkan faktor tekanan.
Persediaan sambut jemaah pertama Malaysia di Madinah
Pelbagai program diatur untuk kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang akan tiba di Madinah pada 9 Mei ini. Antaranya ditempatkan di tiga buah hotel mengikut zon selain rancangan untuk ziarah luar di beberapa lokasi terpilih.
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Masih ada harapan bantu miskin bandar - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat ia masih suatu isu yang serius dan perlu ditangani segera.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Pantau Belanjawan: Ulasan Kajian UNICEF | Ranjau Sepanjang Jalan – Tangani miskin bandar KL
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".