awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
USANITA rintis fesyen sopan halal di Turkiye, sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Angka korban di Gaza melepasi 71,424 orang ekoran serangan Israel
PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia benarkan 'mudik' sempena Aidilfitri atas faktor ekonomi

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2020
03:17 MYT
Indonesia benarkan 'mudik' sempena Aidilfitri atas faktor ekonomi
Indonesia buat keputusan benarkan rakyatnya "mudik" atau pulang berhari raya di kampung pada Aidilfitri ini. -Gambar fail
Indonesia membuat keputusan untuk membenarkan rakyatnya "mudik" atau pulang berhari raya di kampung pada Aidilfitri ini.
Menteri Hal Ehwal Maritim Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan berkata kerajaan berbuat demikian atas faktor ekonomi walaupun mendapat tentangan daripada kalangan masyarakat.
"Pertimbangan kami ialah untuk mengelakkan ekonomi daripada terhenti sepenuhnya.
"Selepas kami mengambil kira segalanya, tidak melakukan kawalan pergerakan ialah pilihan terbaik dalam banyak-banyak pilihan lain," kata Luhut pada sidang media maya dari Istana Presiden pada Khamis.
Beliau juga mendakwa saranan itu telah dipersetujui Presiden Joko Widodo, lapor Jakarta Post.
BACA: COVID-19: 'Jangan balik kampung!' - Jokowi gesa larangan pergerakan perlu lebih tegas
BACA: COVID-19: Jokowi umum status kecemasan kesihatan di Indonesia
"Berdasarkan semua pertimbangan ini, kami telah menasihati Presiden dan beliau bersetuju bahawa (jika kita halang perjalanan besar-besaran balik kampung), ia akan beri kesan kepada golongan berpendapatan rendah."
BACA: COVID-19: Kes kematian semakin meningkat, Indonesia didesak kuat kuasa 'lockdown' atau PKP
Luhut yang juga memangku jawatan Menteri Pengangkutan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan kerajaan bahawa cuaca panas dan lembap di negara itu akan merencatkan penularan jangkitan virus.
BACA: Jakarta lanjut tempoh darurat sehingga 19 April
"Kalau kita halang pun, mereka tetap akan mudik juga.
"Jadi kami buat keputusan untuk menasihati mereka bahawa dengan bermudik itu akan membawa penyakit kepada keluarga, jadi adalah lebih baik jika mereka tidak melakukannya," katanya lagi.
BACA: COVID-19: Indonesia sekat semua kemasukan dan transit warga asing
Setiap tahun, puluhan juta penduduk di negara majoriti Islam itu pulang ke kampung halaman.
Hampir 90 peratus warga Indonesia ialah penduduk beragama Islam yang bakal menyambut bulan puasa pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri sebulan kemudian.
Sambutan biasanya dirai dengan kepulangan secara besar-besaran ke kampung halaman bagi bertemu kaum keluarga.
Ramadan tahun ini jatuh pada hujung April dan Aidilfitri bakal disambut pada bulan Mei.
BACA: Angka korban akibat COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 170 orang
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bulan puasa
#COVID-19
#cuaca panas dan lembap
#Joko Widodo
#koronavirus
#Luhut Binsar Pandjaitan
#mudik
#pulang kampung
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan