Sekurang-kurangnya 14 individu dilaporkan terkorban dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam di Fortaleza, Brazil.

Selain itu, enam lagi dilaporkan cedera, malah, ada yang berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa masih belum mengenal pasti motif di sebalik insiden tetapi siasatan menjurus kepada sama ada kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan pengedar dadah.

Saksi memaklumkan stesen televisyen tempatan bahawa beberapa lelaki bersenjata tiba di kelab dengan tiga kereta pada jam 12.30 tengah malam sebelum mula menembak di hadapan bangunan tersebut.

Menurut laporan-laporan dari media tempatan, insiden tembakan tersebut berlaku selama 30 minit.

Ceara mempunyai kadar keganasan tertinggi di Brazil yang mana lebih 80 peratus insiden tersebut berlaku akibat konflik antara kumpulan.

Bandar Fortaleza merupakan ibu negeri Ceara.