Protes berterusan berlaku di seluruh dunia susulan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Terbaharu kumpulan aktivits Al-Hannaounah di Jordan melakukan perkara sama di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Amman.

Kumpulan penduduk yang berasal dari Palestin ini turut mempersembahkan tarian rakyat pada perhimpunan berkenaan.

Ini merupakan perhimpunan ketiga mereka yang diadakan pada setiap Jumaat sejak pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu.