Gara-gara mabuk melampau di majlis perkahwinan anak lelakinya, seorang bapa memaksa pengantin perempuan untuk menciumnya di hadapan ratusan tetamu yang hadir di majlis tersebut.
Adegan yang tidak disangka itu telah mencetus perbalahan di antara kedua belah pihak keluarga pengantin di bandar Yancheng di wilayah Jiangsu, timur China.
Pada awalnya majlis tersebut berjalan dengan lancar sehinggalah pengantin perempuan itu berjalan bersama bapa mertuanya menuju ke pentas, lapor Mirror UK
Pengantin perempuan dikatakan sudah mula berasa tidak selesa apabila bapa mertuanya mula merangkul di bahagian bahu dan menjadi teruk selepas lelaki tua itu memaksa mereka bercumbu.
Dalam satu rakaman video telefon pintar, lelaki itu secara tiba-tiba melangkah di hadapan menantu barunya itu lalu merangkul bahunya sebelum memaksa bercumbu di khalayak ramai walaupun wanita itu cuba melepaskan diri.
Selain itu, beberapa video menunjukkan ahli keluarga pengantin perempuan terus bergegas ke pentas dan menyerang bapa pengantin lelaki tersebut sehingga merosakkan beberapa hiasan di majlis perkahwinan itu.
Pengantin perempuan itu menangis dan meraung sejurus dileraikan dari lelaki itu.
Kejadian menjadi tular apabila dimuat naik di media sosial sehingga pihak keluarga terpaksa mengeluarkan kenyataan balas.
“Kami tidak menjangkakan majlis ini akan bertukar sedemikian rupa. Sekarang kedua belah keluarga berada dalam keadaan janggal dan pasangan pengantin baru turut terkesan teruk.
“Bapa mertua pula telah diberikan minuman alkohol terlalu banyak dan menyesal dengan tindakannya. Kami memohon pengguna media sosial untuk berhenti dari berkongsi video tersebut dan beri kami ruang dan privasi.
“Kami tidak berharap untuk menjadi popular atau ingin menjadi bahan ketawa orang lain. Kalau perkara ini terjadi pada keluarga kalian, adakah kalian akan berkongsi dengan orang lain?”
Agensi
Tue Feb 27 2018
Seorang bapa mertua memaksa menantu perempuan di majlis perkahwinan anaknya kerana minum alkohol terlalu banyak. -Foto Mirror Co UK
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Kasih mentua hingga akhir hayat
Gambar Roslan Ramlan, 54, yang berbaju biru dan bersila di hadapan jenazah menantu keduanya itu tular di media sosial, Facebook sejak siang tadi.
Mujahid mohon maaf parkir di petak OKU
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengakui kereta itu kenderaan peribadi miliknya.
Majlis kahwin berantakan, bapa mertua mabuk paksa menantu bercumbu
Gara-gara mabuk melampau di majlis perkahwinan anak lelakinya, seorang bapa memaksa pengantin perempuan untuk menciumnya di hadapan ratusan tetamu yang hadir di majlis tersebut.