awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mujahid mohon maaf parkir di petak OKU

Sinar Harian
Sinar Harian
14/02/2019
05:54 MYT
Mujahid mohon maaf parkir di petak OKU
Gambar yang tular di media sosial dan diakui oleh Mujahid sebagai kenderaan peribadi miliknya.
Selepas tular sekeping foto memaparkan kenderaan dengan jata Ahli Parlimen diparkir di petak khas orang kurang upaya (OKU), Menteri di Jabatan Perdana Menteri tampil menjelaskan situasi sebenar.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengakui kereta itu kenderaan peribadi miliknya.
"Saya menerima sekeping gambar untuk pengesahan. Saya akui itu adalah kenderaan peribadi saya.
"Untuk makluman semua, saya menjaga ayah mertua yang uzur dan berkerusi roda. Sewaktu kejadian ini, anak-anak saya membawa datuk mereka untuk makan di restoran.
"Mereka menggunakan kemudahan parking OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada datuk mereka yang uzur," jelasnya di Facebook.
Mujahid bersama bapa mentuanya, Hassan Ahmad. Foto Sinar Harian
Mujahid bersama bapa mentuanya, Hassan Ahmad. Foto Sinar Harian
Susulan insiden itu, Mujahid memohon maaf dan menghargai teguran berkenaan.
"Saya mewakili anak-anak memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih di atas teguran ini," ucapnya.
Dalam perkongsian seorang pengguna Facebook menulis, dia dimaklumkan kereta tersebut milik Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).
"Depa (mereka) kata kereta nombor plat ini milik YB Menteri Agama. Tak tahu pula dia OKU," katanya.
Topic Berkaitan
#anak
#bapa mertua
#Facebook
#jata Ahli Parlimen
#kenderaan peribadi
#kereta
#kerusi roda
#mohon maaf
#OKU
#parkir
#petak khas
#uzur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan