SEORANG mangsa kemalangan yang sarat mengandung selamat melahirkan bayi kembar beberapa jam selepas insiden tersebut.

Menurut ketua pegawai kualiti di Klinik Kesihatan Rehoboth McKinley Christian di New Mexico, Addie Patel, wanita yang tidak dikenali itu kini berada dalam keadaan stabil.

Kedua-dua bayi tersebut pula dimasukkan ke unit rapi neo-natal di Hospital Universiti New Mexico (UNMH) di Albuquerque.

Dalam kejadian pada Jummat, lapan maut selepas sebuah bas penumpang milik syarikat Greybound bertembung dengan sebuah treler yang mengalami masalah tayar sebelum terbabas ke laluan bertentangan di Lebuhraya New Mexico, Amerika Syarikat.

Pasukan penyelamat giat mencari mangsa di kawasan kemalangan di New Mexico, Amerika Syarikat. - Foto KQRENews13 via AP

Difahamkan bas tersebut dalam perjalanan ke Arizona dari Pheonix.

49 penumpang pula cedera dalam kejadian tersebut dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Tiga daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal.