Menteri Kewangan Greece Yanis Varoufakis pada Isnin berkata beliau meletakkan jawatan dan pengumuman tersebut suatu yang mengejutkan walau pemerintah negara itu telah mendapat keputusan undian yang menolak syarat pelan penyelamat yang ditawar zon Euro.

“Sejurus selepas pengumuman keputusan referandum, saya menyedari sesetengah peserta kumpulan Eropah dan pelbagai rakan kerja lain yang mahukan saya ‘tidak hadir’ dalam mesyuarat,” ujar Varoufakis.

Varoufakis dikatakan banyak kali bertembung pendapat dengan pemiutang dalam banyak rundingan sepanjang bulan-bulan kebelakangan ini.

Menurutnya, ia adalah idea Perdana Menteri yang merasakan ia boleh membantunya mencapai persetujuan.

“Atas sebab ini saya meninggalkan Kementerian Kewangan hari ini,” katanya.

Dia juga mengingatkan bahawa keputusan referandum yang menyaksikan 60 peratus rakyat Greece menolak pelan penyelamat yang didesak pemiutang antarabangsa, hadir bersama harga yang besar untuk dibayar, sama seperti perjuangan untuk hak-hak demokratik.

“Modal besar yang diberikan kepada kerajaan kita harus dilabur segera bagi mendapatkan penyelesaian sewajarnya,” katanya yang menyeru persetujuan yang melibatkan penstrukturan semula hutang, pengurangan langkah penjimatan, pengagihan semula untuk membantu golongan memerlukan, serta reformasi sebenar.

Varoufakis selama ini lantang bersuara telah ‘menggegarkan’ kumpulan Eropah sejak pelantikannya Januari lalu.

“Saya akan ‘memperagakan’ kebencian pemiutang-pemiutang itu dengan rasa bangga,” ujarnya yang tidak sesekali mahu tunduk pada kehendak konvensyen berkenaan.