Legenda pelari pecut dunia, Usain Bolt, pada Rabu 'menguji' kehebatannya dengan berlari dalam keadaan terapung dalam ruangan graviti sifar.

Bolt kelihatan gembira ketika menikmati pengalaman pertamanya terapung dalam sebuah pesawat yang direka khas bagi tujuan kajian saintifik.

Dalam undangan itu, sebenarnya beliau sempat menguji produk champagne yang membolehkan angkasawan menikmati minuman itu dalam bentuk buih di angkasa lepas.

Botol champagne tersebut direka khas oleh syarikat pembuatnya, Mumm, yang disasarkan untuk para pelancong dalam pengalaman mewah seumpamanya.

Bolt menikmati pengalaman pertama beliau di ruangan graviti sifar. - Reuters

Bolt juga kelihatan berseronok bersama angkasawan Perancis Jean–Francois Clervoy dan Ketua Pegawai Eksekutif Novespace Octave De Gaulle sambil mengabadikan kenangan mereka dengan bergambar, selain melakukan pelbagai aksi semasa di ruangan tersebut.

Jutawan Jeff Bezos; pengasas Amazon Inc, Richard Branson; dan Ketua Eksekutif Tesla Elon Musk masing-masing kini berlumba untuk merealisasikan perkhidmatan untuk membawa golongan pelancong kaya ke ruang suborbital yang cukup tinggi, hingga dapat melihat lengkungan planet Bumi.