Gabenor New York, Andrew Cuomo menandatangani rang undang-undang yang menghalang polis menggunakan kekerasan termasuk mencekik suspek.
Dalam masa sama, undang-undang baharu itu akan turut memudahkan tindakan diambil ke atas sesiapa yang menghubungi polis untuk menyiasat orang lain tanpa sebab munasabah.
Ia akan turut menubuhkan pejabat pendakwaraya khas yang akan menyiasat kematian akibat kekerasan polis.
“Cara kita bergerak ke hadapan adalah dengan memastikan polis di negeri dan negara ini duduk bersama komuniti tempatan dan menyelesaikan isu yang timbul.
“Lihat kepada punca masalah ini. Dapatkan pelan dan berikan pelan berkenaan kepada kerajaan tempatan. Jika tidak anda tidak akan dapat dana daripada negeri.
“Reformasi polis sudah lama tertangguh dan George Floyd adalah kematian terbaharu.
"Undang-undang ini bukan hanya tentang George Floyd; ia adalah berkenaan orang lain yang meninggal dunia sebelum ini,” katanya.
Undang-undang itu diluluskan oleh Ahli Parti Demokrat susulan protes seluruh Amerika Syarikat (AS) akibat kematian George Floyd di tangan anggota polis.
Undang undang ini dicadangkan lebih setahun lepas namun ia gagal mendapat sokongan pada masa itu.
Antara yang turut hadir dalam upacara mendatangani rang undang-undang itu adalah pejuang hak asasi manusia, Al Sharpton dan ibu kepada mendiang Eric Garner yang meninggal dunia akibat kekerasan polis.
Astro Awani
Fri Jun 12 2020
CUOMO: Undang-undang baharu itu akan memudahkan tindakan diambil ke atas sesiapa yang menghubungi polis untuk menyiasat orang lain tanpa sebab munasabah. -governor.ny.gov
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Polis New York dilarang guna 'chokehold' ketika tahan suspek
Gabenor New York, Andrew Cuomo menandatangani rang undang undang yang akan menghalang polis untuk menggunakan kekerasan termasuk mencekik suspek.
Adik mendiang George Floyd gesa protes aman
Adik mendiang George Floyd, Terrence menggesa penunjuk perasaan untuk mengadakan protes aman.