Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terpaksa dibawa keluar dari pentas ucapan kempen pilihan raya selepas penggera kecemasan berbunyi memberi amaran serangan roket dari Gaza.

Kejadian berlaku di bandar Ashkelon, beberapa kilometer dari Gaza, pada Rabu.

Pihak berkuasa Israel mengesahkan roket berkenaan berjaya dipintas oleh sistem pertahanan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat ini tiada pihak dari Palestin mengaku bertanggungjawab.

Serangan roket dari Palestin dan serangan udara dari Israel sering terjadi walaupun gencatan senjata dilaksanakan Mesir pada November lalu.

Malah, ia hanya bertahan selama dua hari sahaja.