Skip to main content

Dunia

Israel lancar serangan udara ke atas Semenanjung Gaza

71606060040_TBIsrael.jpg
ASHKELON:Ketegangan di Semenanjung Gaza berterusan selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah dikuasai Hamas pada awal pagi Ahad.

Rejim itu mendakwa ia merupakan serangan balas terhadap Hamas.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Pada Sabtu, Israel mendakwa kononnya Hamas melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Israel.

Ia menyebabkan Israel bertindak membunyikan siren amarannya di bandar Ashkelon.

Rejim Israel dan Hamas bermusuhan sejak Hamas berjaya menguasai Gaza pada 2007.

Advertisement

Must Watch Video