Kremlin menolak dakwaan Rusia dipengaruhi oleh bekas penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat berhubung sekatan yang dikenakan oleh Barrack Obama sebelum ini.

Perbualan yang dibuat oleh Michael Flynn bersama duta Rusia ke Amerika Syarikat pada 2016 itu tidak mempengaruhi keputusan yang dibuat Presiden Rusia Vladimir Putin.

Flynn yang dipecat Donald Trump pada Ahad didakwa telah berhubung dengan duta terbabit bagi meningkatkan tekanan ke atas isu sekatan yang dikenakan ke atas Kremlin.

Selepas perbualan itu dibuat Trump enggan mengulas berhubung kaitannya dalam rancangan yang diatur Flynn

Susulan tekanan pelbagai pihak berhubung isu terbabit, Flynn akhirnya meletak jawatan pada Februari lalu dan didakwa mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan yang diumum Naib Presiden Mike Pence.

Menurut jurucakap presiden, Dmitry Peskov, perbualan terbabit sememangnya berlaku namun hasil perbincangan tidak menjurus kepada kerjasama antara Parti Republikan dan Moscow.

Tegasnya sebarang keputusan di peringkat antarabangsa yang dibuat Putin akan memberi tumpuan kepada kepentingan Moscow dan bukannya mencampuri usrusan negara lain.

"Presiden membuat keputusan sendiri dan hanya dipandu oleh kepentingan nasional Rusia," kata Peskov kepada wartawan.

Dalam perkembangan lain Kremlin turut mengesahkan tidak lagi menjalankan siasatan ke atas Kaunselor Khas Amerika Syarikat Robert Mueller yang sebelum ini dikaitkan dalam penyiasatan isu lain melibatkan kerjasama pentadbiran Trump dan Moscow.