Tutup

Berita  | Dunia

Sekurang-kurangnya 12 maut akibat cuaca sejuk melampau di AS

Sekurang-kurangnya 12 maut akibat cuaca sejuk melampau di AS
Keadaan cuaca sejuk melampau dikenali sebagai polar vortex itu kini melanda beberapa negeri di AS. - REUTERS
Sekurang-kurangnya 12 orang maut di beberapa negeri di Amerika Syarikat susulan cuaca sejuk melampau yang melanda negara itu.

Suhu telah menjunam serendah 30 darjah Celsius di bawah paras beku di Chicago, lebih sejuk daripada beberapa bahagian di Antartika.

Suhu jatuh lebih rendah di North Dakota di mana suhu paling rendah yang dicatatkan ialah 37 darjah Celsius di bawah paras beku.

Antara yang maut ialah seorang lelaki berusia 75 tahun di Chicago serta seorang pelajar di Universiti Iowa.
Beberapa lagi kematian dilaporkan di Michigan, Iowa, Indiana, Illinois, Wisconsin dan Minnesota.

Keadaan cuaca sejuk melampau itu dikenali sebagai polar vortex, dan ia boleh mengakibatkan gigitan fros hanya selepas 10 minit berada di luar bangunan.
Darurat telah diisytiharkan di beberapa bahagian di Wisconsin, Michigan dan Illinois serta di selatan Alabama dan Mississippi.


Tag: polar vortex, Amerika Syarikat, maut, sejuk, cuaca, suhu, darurat



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.