Pandemik koronavirus yang berlaku ketika ini secara tidak langsung telah mencetuskan sokongan kuat terhadap usaha menutup operasi pasar-pasar haram yang menjual hidupan liar di seluruh Asia Tenggara, lapor Reuters.
Rantau itu dilabel sebagai pusat penting perdagangan bernilai berbilion-bilion dolar, menurut Tabung Alam Sedunia (WWF-Malaysia), menerusi dapatan satu tinjauan awam pada Isnin.
Kira-kira 93 peratus daripada 5,000 orang yang menyertai tinjauan awam oleh WWF itu di tiga buah negara Asia Tenggara selain Hong Kong dan Jepun, sependapat bahawa penjualan haram hidupan liar perlu dihentikan demi menghindari sebarang pandemik pada masa akan datang.
Para saintis percaya bahawa virus yang telah menjejaskan kehidupan berbilion-bilion nyawa di seluruh dunia kini ada kaitan dengan tempat penjualan hidupan liar, khususnya di Wuhan, China – yang menyaksikan haiwan seperti kelawar, tenggiling dan binatang lain dihimpunkan secara bersesak dalam persekitaran yang teruk, serta berpotensi membawa dan menyebabkan jangkitan koronavirus.
"Ini bukan lagi masalah hidupan liar. Ini masalah keselamatan global, kesihatan manusia dan masalah ekonomi," tegas Pengarah Asia Pasifik WWF, Christy Williams.
Sokongan paling kuat untuk menutup pasar haram seumpamanya diterima dari Myanmar, iaitu lokasi hidupan liar yang selama ini diperdagang secara terbuka, sementara sepertiga responden di Vietnam pula bersetuju bahawa krisis itu telah membuatkan mereka berhenti memakan produk berasaskan hidupan liar.
"COVID adalah satu amaran kesedaran. Perdagangan hidupan liar yang tidak dipantau adalah risiko bukan saja kepada kesihatan dan ekonomi, malah kestabilan serantau,” kata Pengurus Program Perdagangan Hidupan Liar di WWF Myanmar, Grace Hwa.
Semasa awal penularan wabak di Wuhan, sehingga ia merebak ke seluruh dunia, China memperkenalkan larangan ke atas semua penjualan dan pengambilan hidupan liar sebagai makanan.
Namun larangan itu tidak meliputi perdagangan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan dan juga untuk kegunaan perubatan tradisional.
Perdana Menteri Vietnam juga telah mengarahkan Kementerian Pertanian negara itu merangka undang-undang yang serupa – mengharamkan perdagangan hidupan liar dan pengambilannya sebagai makanan.
Bagaimanapun, wakil Asia Tenggara dan Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal dadah dan jenayah, Jeremy Douglas, berkata sesetengah perdagangan itu sudah masuk ke pasaran gelap.
“Saya sangat bimbang tentang rantau istimewa ini,” ujarnya yang merujuk kepada zon autonomi di sempadan Myanmar-China yang dikuasai kumpulan bersenjata etnik, yang menjadi hab penyeludupan hidupan liar.
Agensi
Wed Apr 08 2020
Penjualan haram hidupan liar perlu dihentikan demi menghindari sebarang pandemik pada masa akan datang. - Gambar fail
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP
Asia Tenggara (SEA) berpotensi menarik lebih ramai pemodal teroka apabila jurang penilaian dalam kalangan syarikat pemula niaga serantau menyatu.
Pelaburan hijau di Asia Tenggara naik 20 peratus tahun ke tahun, tahun lepas - Laporan
Pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.3 bilion (AS$1=RM4.76) pada 2023 berbanding AS$5.2 bilion pada 2022.
Konflik Israel-Hamas: Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara sokong gencatan senjata - Tinjauan
Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa harus menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Jepun sasar sokongan pembayaran berasaskan kod QR bersama negara Asia Tenggara
Pada hari ini, pengguna tempatan sudah boleh menggunakan DuitNow QR di beberapa negara jiran, sekaligus memudahkan lagi pembayaran ketika melancong di negara tersebut.
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Laluan pelancongan dengan memandu suburkan ekonomi pelancongan di Asia Tenggara - Tiong
Laluan yang dicadangkan dalam kaedah ini adalah Hat Yai-Sungai Kolok-Kota Bharu-Kuala Lumpur, dan Hat Yai-Alor Setar-George Town.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara
Saudi Aramco berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.