awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP

Bernama
Bernama
22/04/2024
12:45 MYT
Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP
Hazman turut menekankan kelebihan kos operasi di Malaysia berbanding negara jiran, yang akhirnya terkait dengan keuntungan. - Kredit foto: www.privateequityinternational.com
KUALA LUMPUR: Asia Tenggara (SEA) berpotensi menarik lebih ramai pemodal teroka apabila jurang penilaian dalam kalangan syarikat pemula niaga serantau menyatu, kata Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Hazman Hilmi Sallahuddin.
Rantau ini sedang menyaksikan minat yang semakin meningkat daripada pencari modal dan pelabur apabila penilaian dibuat pelarasan sehingga ke peringkat bawahan.
"Saya katakan bahawa Asia Tenggara, terutamanya Malaysia, sedang berada di barisan hadapan peningkatan apabila ia berkaitan dengan keupayaan, tarikan dan keterlihatan.
"Dari segi kemampuan, terdapat kumpulan bakat yang besar dan mantap datang ke Malaysia. Dari segi tarikan pula, kami mempunyai kerajaan yang lebih mesra (perniagaan), dengan insentif serta dasar yang menarik," katanya semasa sesi panel bertajuk Modal Teroka di Asia. Mengapa Asia Tenggara Bersedia Untuk Terus Menarik Modal Dalam Dekad Akan Datang semasa di Sidang Kemuncak KL20 2024 di sini hari ini.
Hazman turut menekankan kelebihan kos operasi di Malaysia berbanding negara jiran, yang akhirnya terkait dengan keuntungan.
Awal hari ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengumumkan pelan bagi memperkenalkan Modal Teroka (VC) Golden Pass yang akan memperkemas proses pendaftaran VC antarabangsa yang layak ditubuhkan di Malaysia.
Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan pendaftaran VC daripada enam minggu kepada dua minggu, tertakluk kepada pematuhan keperluan yang ditetapkan di bawah rangka kerja Penilaian Skop Berfokus SC.
Di samping itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semasa pembukaan Sidang Kemuncak KL20 2024 bahawa dana kekayaan negara seperti Khazanah Nasional Bhd, KWAP dan Blue Chip Venture Capital akan melabur secara kolektif sehingga RM3 bilion dalam ekosistem Asia Tenggara termasuk Malaysia di bawah Inisiatif Pelaburan ASEAN.
Sidang Kemuncak KL20 2024, yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi itu, bertujuan untuk menjana semula kedudukan Malaysia sebagai hab yang bertenaga bagi pemula niaga serta pemodal teroka dan melonjakkan Kuala Lumpur ke dalam kedudukan teratas 20 hab pemula niaga global menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia Tenggara
#pemodal teroka
#KWAP
#Hazman Hilmi Sallahuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan