DHAHRAN (ARAB SAUDI): Saudi Aramco (Aramco), salah satu syarikat tenaga dan bahan kimia bersepadu terbesar dunia, berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.
Ketika berkongsi hasrat itu, Presiden (Hiliran) Aramco Mohammed Y. Al Qahtani berkata selain teruja dengan projek di Pengerang, syarikat berkenaan juga berharap untuk tidak hanya kekal beroperasi tetapi turut membabitkan potensi pengembangannya di masa depan.
Ditanya sama ada syarikat yang telah bertapak selama 90 tahun itu turut mempertimbang operasi peruncitan di Asia Tenggara, beliau berkata aspek berkenaan sememangnya sedang diusahakan oleh Aramco di peringkat global.
"Kami sentiasa meneliti aset-aset yang ada untuk melihat sebarang potensi bagi tujuan peningkatan, pengembangan dan paling penting usaha bagi menukar cecair kepada bahan kimia.
"Itulah perkara yang kami nilai dari segi prospek untuk masa depan," katanya dalam temu bual dengan BERNAMA dan wakil media terpilih dari China, Korea Selatan dan Jepun, di ibu pejabat Aramco di sini.
Dalam pada itu, mengulas tindakan Aramco mengambil alih 100 peratus ekuiti Esmax, peruncit bahan api dan pelincir hiliran terkemuka Chile, Mohammed menyifatkannya sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengembangkan perniagaan runcit, pelincir dan perdagangan di serata dunia.
Malah, katanya, pengambilalihan itu akan membolehkan Aramco memasuki pasaran runcit Amerika Selatan memandangkan aktiviti segmen hiliran syarikat merangkumi penapisan petrokimia, minyak asas dan pelincir, operasi runcit, pengedaran, bekalan serta perdagangan dan penjanaan tenaga.
Pada masa sama, kesemua aktiviti berkenaan menyokong operasi huluan dan hiliran Aramco dengan membolehkan pengoptimuman jualan minyak mentah serta tawaran produk menerusi rangkaian infrastruktur saluran paip dan terminal penting selain akses ke atas sumber penghantaran dan logistik.
Menyentuh PIC yang dibangunkan bersama syarikat Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Mohammed berkata fasiliti itu beroperasi dengan potensi sepenuhnya selain meningkatkan kebolehpercayaan dan keuntungan serta memberi jaminan dari segi platform yang tepat untuk pertumbuhan pada masa depan.
Dalam lawatan ke Riyadh pada Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Aramco komited dalam usaha memperluas fasilitinya di Pengerang itu dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia serta gas untuk muncul sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata komitmen itu telah dinyatakan kepada beliau oleh Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah Alkassabi dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin H Nasser.
Syarikat itu telah bekerjasama dengan Petronas bagi menubuhkan Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd, di Pengerang, dengan usaha sama itu membabitkan pelaburan AS$7 bilion.
PIC mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 300,000 tong minyak mentah sehari dan menghasilkan rangkaian produk petroleum bertapis, termasuk bahan api jet bersulfur rendah, gasolin dan diesel yang menepati spesifikasi Euro 5.
Saudi Aramco yang beribu pejabat di Dhahran, mempunyai kira-kira 197 bilion tong simpanan minyak mentah dan pada masa ini disokong oleh kira-kira 70,000 pekerja di peringkat global.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Saudi Aramco berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara. - Gambar fail/REUTERS
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara
Saudi Aramco berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.
Saudi Aramco komited perluaskan fasiliti di Pengerang, Johor - PM Anwar
Perkara itu dinyatakan kepimpinan Saudi Aramco pada sesi perbincangan bersama Anwar di Hotel Ritz-Carlton di Riyadh pada pagi Sabtu.
Belum ada perbincangan mengenai pelaburan Saudi Aramco di Terengganu - Tengku Zafrul
Pihaknya bersedia menerima cadangan dan berbincang dengan syarikat minyak dan gas terbesar di dunia itu.
PM Anwar minta Saudi Aramco melabur di Kemaman
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, Saudi Aramco untuk melabur di Kemaman, Terengganu.
Geely, Saudi Aramco berminat jadikan Malaysia hab terbesar di Asia Tenggara - PM Anwar
Anwar mengumumkan syarikat pengeluar kenderaan Geely Automobile Holdings Ltd dari China bakal menjadikan Proton City Tanjung Malim sebagai kota automobil terbesar di Asia Tenggara.
Syarikat minyak dan gas dijangka raih keuntungan tinggi pada 2023 dan seterusnya - Ahli Ekonomi
Menurut Shan, pasaran minyak bergerak antara landskap geopolitik dan ekonomi geostrategik yang sangat berbeza daripada 2008.
Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini
Fitch Ratings melaporkan pandemik COVID-19 dijangka mengakibatkan kejatuhan pendapatan syarikat pengeluar dan penerokaan minyak dan gas sebanyak AS$1.8 trilion tahun ini.
Apple jadi syarikat AS pertama bernilai AS$2 trilion
Saham Apple telah meningkat hampir 60 peratus pada tahun ini ketika ia mengatasi penutupan kilang di China yang menghasilkan iPhone dan penutupan kedai fizikalnya akibat COVID-19.
Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata terserah sepenuhnya kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memutuskan sama ada mahu mengambil bahagian dalam tawaran IPO Saudi Aramco.