Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi mengisytiharkan darurat pada Sabtu berikutan serangan di Sousse minggu lalu yang mengakibatkan 38 pelancong warga asing terbunuh.

"Presiden telah mengisytiharkan darurat dan akan memaklumkan kepada rakyat pada 5 petang waktu tempatan (1600 GMT)," kata kenyatana pejabat Essebsi.

Status darurat sebelum ini yang memberikan kuasa khas kepada polis dan tentera ekoran penggulingan Presiden Zine El Abidine Ben Ali pada revolusi 2011, telah ditarik balik Mac 2014.

Sejak revolusi empat tahun lalu, dapat dilihat di Tunisia telah mengalami peningkatan dalam keganasan jihad di mana berpuluh-puluh polis dan tentera terbunuh.

Serangan di pantai Pelabuhan El Kantaoui pada 26 Jun lalu adalah merupakan siri serangan maut yang kedua kepada para pelancong selepas serangan pertama di sekitar muzium Negara di Tunis dalam tempoh tiga bulan, telah mengorbankan 22 orang.

Perdana Menteri Habib Essid pada Jumaat lalu mengakui bahawa polis telah mengambil masa yang lama untuk bertindak balas kerana telah dikepung oleh pengganas-pengganas serangan terbabit.

"Masa tindak balas -- itu adalah masalahnya dan polis telah dikepung di mana-mana," Essid memberitahu BBC dalam satu wawancara bersamanya.

Ketika pengumuman Essid itu berlangsung, Ratu Elizabeth II dan Perdana Menteri David Cameron mengetuai sesi bertafakur memperingati mangsa-mangsa serangan tersebut di mana 30 daripada mereka adalah warganegara British.

Militan IS didakwa menjadi dalang dan bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dan seorang warga Tunisia, Seifeddine Rezgui, 23 tahun juga diduga sebagai suspek utama serangan berdarah di sebuah hotel lima bintang, Riu Imperial Marhaba yang telah mengorbankan 22 mangsa.

Tiga mangsa adalah merupakan warga Ireland, dua Jerman, Belgium satu, satu Portugis dan Rusia juga turut terkorban.

Khamis lalu, Tunisia mengumumkan bahawa mereka telah menahan lapan orang suspek termasuk seorang wanita yang mungkin menjadi pelopor serangan tersebut.

VIDEO: Siasatan di Sousse cuba bongkar operasi di Tunisia