awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kais Saied menangi pilihan raya presiden Tunisia

Bernama
Bernama
15/10/2019
05:00 MYT
Kais Saied menangi pilihan raya presiden Tunisia
Reaksi Kais Saied selepas keputusan rasmi pengundian diumumkan di Tunis, Tunisia, 13 Okt, 2019. REUTERS
Calon bebas Kais Saied pada Isnin diisytihar sebagai pemenang pilihan raya presiden Tunisia, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan suruhanjaya pilihan raya negara Tunisia.
Nabil Baffoun, ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Tinggi Bebas, mengumumkan keputusan rasmi pengundian yang berlangsung pada Ahad dalam satu sidang akhbar di ibu kota Tunis.
Baffoun berkata sejumlah 56.8 peratus pengundi domestik dan 24.4 peratus pengundi yang menetap di luar negara mengambil bahagian dalam pusingan kedua pilihan raya itu dan Saied meraih 72.71 peratus undi.
Saingan Saied, taikun media Nabil Karoui yang juga calon Parti Qalb Tounes atau Heart of Tunisia, memperoleh 27.29 peratus undi.
Rakyat Tunisia keluar mengundi pada Ahad dalam pusingan kedua pilihan raya presiden susulan kebangkitan yang berlaku di negara itu pada 2011.
Lebih tujuh juta rakyat Tunisia layak mengundi pada Ahad, menurut suruhanjaya pilihan raya negara itu.
Saied akan menggantikan Beji Caid Essebsi, presiden pertama Tunisia yang dipilih secara bebas, yang meninggal dunia pada Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beji Caid Essebsi
#calon
#Kais Saied
#pilihan raya
#presiden
#rakyat
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan