Ketika usianya kini sudah masuk 130 tahun, salah satu karya lukisan jambangan bunga matahari daripada seniman Vincent Van Gogh, sudah terlalu usang dan untuk dibawa menjelajah pameran di seluruh dunia.

Reuters melaporkan, lukisan bernilai tinggi itu yang berisiko mengalami kerosakan, bakal kembali disimpan di Amsterdam.

Pakar restorasi akan membuat penilaian dan pemulihan selama enam bulan ke atas karya berjudul Sunflowers itu, yang dihasilkan seniman Belanda berkenaan di selatan Perancis pada tahun 1889.

“Lapisan asas dan cat masih stabil, namun sensitif pada sebarang gegaran dan perubahan dalam kelembapan dan suhu udara.

“Itu sebabnya sangat penting untuk lukisan itu tidak lagi banyak ‘bergerak’ dan perlu terus berada dalam persekitaran yang stabil,” ujar Pengarah Muzium Van Gogh, Axel Ruger.

Sewaktu kerja-kerja pemulihan dijalankan, sekumpulan pakar telah menemui butiran tepat tentang bahan yang digunakan Van Gogh, iaitu termasuk gulungan fabrik linen yang dijadikan kanvasnya.

Menurut juga yakin bahawa Van Gogh, yang melukis lukisan itu pada Januari 1889, telah merujuk pada lukisan Sunflowers yang lebih awal dihasilkan iaitu pada musim panas 1888, yang kini dipamer di National Gallery, London.

Antara proses dalam restorasi itu memerlukan lapisan lilin dibuang, namun beberapa calitan varnis yang sudah berubah sifat tidak dapat dibersihkan kerana telah bercampur dengan lapisan cat di bawahnya.

Sunflowers akan kembali dipamerkan di Muzium Van Gogh di Amsterdam pada 22 Februari di bawah pancaran cahaya yang lebih lembut.