awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan

Bernama
Bernama
21/07/2021
15:40 MYT
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Banjir melanda wilayah Limburg, yang terletak di selatan Belanda - bersempadan dengan Jerman dan Belgium - susulan hujan lebat sejak 14 Julai. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Kedutaan berkata lapan rakyat Malaysia menetap di Maastricht dan seorang di Valkenburg.
"Rakyat Malaysia yang berada di kawasan dilanda banjir setakat ini belum memohon apa-apa bantuan, tetapi pihak kedutaan sentiasa memantau perkembangan mereka," kata kedutaan kepada Bernama.
Banjir melanda wilayah Limburg, yang terletak di selatan Belanda - bersempadan dengan Jerman dan Belgium - susulan hujan lebat sejak 14 Julai.
Limpahan air Sungai Maas turut menjejaskan beberapa bandar termasuk Venlo dan Maastricht.
Berikutan itu Kerajaan Belanda telah mengisytiharkan keadaan di selatan Limburg sebagai bencana membolehkan akta mengenai pampasan kerosakan dapat digunakan.
Sebelum itu pihak kerajaan telah mengaktifkan program pencegahan bencana dan menyediakan bantuan kepada penduduk terjejas.
Menurut kedutaan setakat ini terdapat 106 penuntut Malaysia menyambung pengajian di beberapa universiti di negara ini, antaranya di Groningen, Utrecht, Amsterdam, Delft dan Wageningen, bagaimanapun, kawasan berkenaan tidak terjejas banjir.
Rakyat Malaysia dinasihatkan sentiasa mengikuti pengumuman dan langkah keselamatan berkaitan banjir yang dilaksana pihak berkuasa.
Kedutaan meminta rakyat Malaysia mendaftar dengan Kedutaan dan pendaftaran boleh dibuat di laman web https://embassymalaysia.nl.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Belanda
#Jerman
#Amsterdam
#Belgium
#kedutaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan