SEORANG kakitangan rumah pengebumian di Buenos Aires, Argentina dibuang kerja selepas mengambil gambar swafoto dengan mayat Diego Maradona.
Dalam foto yang tersebar di media sosial itu, Diego Molina dilihat menunjukkan isyarat bagus, dengan sebelah lagi tangannya menyentuh kepala legenda bola sepak itu.
Mayat Maradona diletakkan dalam keranda kayu ditemani bendera kebangsaan Argentina dan jersi bernombor 10, di istana presiden Casa Rosada.
Difahamkan, petugas itu merupakan salah seorang yang diamanahkan untuk menguruskan mayat Maradona.
BACA: Maradona disemadikan, puluhan ribu peminat berhimpun
BACA: Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung
Pemilik rumah pengebumian tersebut, sebuah firma dikenali sebagai Sepelios Pinier, mengesahkan kepada media tempatan bahawa pekerja tersebut telah dipecat.
Keranda Maradona dibiarkan terbuka untuk upacara penghormatan terakhir, yang bermula pada pukul 6 pagi Jumaat waktu tempatan.
Peguam Maradona, Matias Morla menyifatkan pelaku tersebut sebagai individu yang 'sakit' dan berjanji akan mengambil tindakan undang-undang.
Agensi
Fri Nov 27 2020
Mayat Maradona diletakkan dalam keranda kayu ditemani bendera kebangsaan Argentina dan jersi bernombor 10. - Foto/Argentina's Presidency via AP
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Messi harap Maradona dapat lihat dirinya julang Piala Dunia
Lionel Messi berkata dia berharap Diego Maradona dapat menyampaikan trofi Piala Dunia kepada dirinya bulan lalu.
Piala Dunia Qatar: Messi langkaui kehebatan Pele, Maradona - Guardiola
Senario kini berubah apabila Messi pada Isnin mengetuai Argentina meraih kejayaan di Qatar bagi menyamai pencapaian Maradona pada 1986.
Piala Dunia Qatar: Scaloni impikan Maradona bersama Argentina nikmati kejayaan juara dunia
Lionel Scaloni berasa sedih apabila menyedari legenda Argentina, Diego Maradona, tidak dapat menikmati kejayaan Piala Dunia mereka di Qatar.
Messi sahkan final Qatar 2022 penampilan terakhir di Piala Dunia
Pemain berusia 35 tahun itu bermain di Piala Dunia kelimanya, mengatasi Diego Maradona dan Javier Mascherano dengan empat penampilan.
Lapan individu jaga Maradona akan dituduh membunuh
Hakim mempersoalkan tingkah laku aktif atau kelalaian setiap tertuduh yang membawa dan menyumbang kepada keputusan yang berbahaya.
Jersi Maradona catat rekod dunia dilelong dengan harga AS$9.28 juta
Jersi dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol menentang England dalam Piala Dunia 1986 dijual dalam lelongan di Sotheby's.
Dalam kenangan 2020: Terpadamnya kerlipan-kerlipan bintang
Tahun 2020 pastinya akan terpahat dalam kalender dunia sebagai tahun yang cukup mencabar dan getir.
Bandar Naples masih lagi bersedih atas pemergian Maradona - Insigne
Napoli mempergayakan jersi bertemakan Maradona - jalur biru muda dan putih - ketika mereka meraih kemenangan terbesar ke atas Roma dalam saingan Serie A.
Polis siasat doktor rawat Maradona atas dakwaan salah laku perubatan
Ini susulan siasatan berhubung salah laku perubatan hingga menyebabkan kematian legenda bola sepak berusia 60 tahun itu.
All Blacks beri penghormatan kepada Diego Maradona
Menurut Cane, idea tersebut dicetuskan rakan sepasukannya Tj Perenara.