LIONEL MESSI berkata dia berharap Diego Maradona dapat menyampaikan trofi Piala Dunia kepada dirinya bulan lalu.
Messi membantu Argentina memenangi gelaran juara dunia keempat di Qatar hujung tahun lalu dan memenangi Anugerah Bola Emas selepas mendaftarkan tujuh gol dalam kejohanan itu -- termasuk dua jaringan ke atas Perancis dalam final.
Ia merupakan kejuaraan Piala Dunia pertama La Albiceleste sejak Maradona -- yang meninggal dunia pada 2020 -- mempamerkan aksi luar biasa ketika membantu negara mereka memenangi gelaran sama di Mexico pada 1986.
Dalam satu temu bual bersama Andy Kuznetsoff di Paris, Messi berkata dia terkilan apabila Maradona -- yang melatihnya sewaktu Piala Dunia 2010 -- sudah tidak ada untuk menyaksikan dia menjulang trofi berkenaan.
"Kalau boleh saya mahu Diego menyampaikan trofi itu kepada saya, atau sekurang-kurangnya dapat melihat semua ini, dapat melihat Argentina sebagai juara dunia, atas segala yang diinginkannya dan atas betapa besar cintanya buat skuad kebangsaan kami.
"Saya fikir di atas sana, dia -- sama seperti ramai orang lain yang sayangkan saya -- dapat melihatnya," katanya. -- Stadium Astro
Astro Arena
Tue Jan 31 2023

Messi membantu Argentina memenangi gelaran juara dunia keempat di Qatar hujung tahun lalu dan memenangi Anugerah Bola Emas selepas mendaftarkan tujuh gol dalam kejohanan itu. - Stadium Astro

Jejak Al-Haramain: Jemaah haji diingat tingkat ilmu, jangan buang masa sebelum wukuf
Menjelang wukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia di Mekah meneruskan ibadah umrah, tawaf sunat dan beriktikaf di Masjidil Haram.

Aaron-Soh layak ke suku akhir Terbuka Thailand, akan bertemu rakan senegara
Aaron-Wooi Yik akan berhadapan rakan sepasukan, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.

Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai
Penjenayah berumur 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri.

Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah
Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, PKR, kata Nurul Izzah perlu terus memberikan 'kepedulian' sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

Messi buka mulut soal Piala Dunia 2026 - 'Tunggu dan lihat'
Walaupun belum muktamad, kapten Argentina berusia 37 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di pentas dunia.

Argentina, Lionel Messi bakal bertemu Singapura tahun hadapan
Pemenang Piala Dunia 2022, Argentina serta pemenang Ballon d'Or lapan kali Lionel Messi, akan melawat Singapura pada suku pertama 2026 untuk perlawanan persahabatan.

Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.

Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.

Biden akan anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada Messi, Wintour dan Bono
Joe Biden akan menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden kepada 19 tokoh terkenal beberapa hari sebelum tempoh pentadbirannya berakhir.

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.

MLS: Lionel Messi sambar Anugerah Pemain Paling Bernilai
LIONEL Messi mengetepikan cabaran bintang Columbus Crew, Cucho Hernandez, untuk menyambar Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bagi tahun 2024.

Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.

Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni
LEGENDA bola sepak Itali secara berseloroh menuduh Pep Guardiola 'merosakkan' permainan dan kerjayanya selepas memperkenalkan sistem false nine dalam bola sepak.

Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.