KAPTEN Napoli, Lorenzo Insigne, berkata kematian Diego Maradona amat pedih buat bandar itu selepas kelab Serie A itu mempergayakan jersi ala skuad Argentina bagi menghargai legenda kelab itu ketika mengatasi Roma 4-0.
Maradona -- dianggap sebagai pemain terbaik dunia yang memimpin Napoli kejuaraan Scudetto pada 1987 dan 1990 -- meninggal dunia pada usia 60 tahun.
Selepas mengatasi Rijeka dalam saingan Liga Europa, Napoli turun beraksi buat kali pertama dalam saingan Serie A sejak pemergian Maradona Ahad lalu dan ia merupakan suasana yang penuh beremosi di Stadio San Paolo.
Napoli mempergayakan jersi bertemakan Maradona -- di mana ia merupakan jalur biru muda dan putih ketika mereka meraih kemenangan terbesar ke atas Roma dalam saingan Serie A, selepas melakukannya dengan bilangan jaringan yang sama pada 1980 dan 1971.
Insigne -- lahir dan membesar di Naples -- membuka jaringan menerusi sepakan percuma.
Fabian Ruiz, penjaring gol terbanyak Napoli, Dries Mertens dan Matteo Politano turun menemui sasaran.
"Suasana tentu memberi kita motivasi tambahan, kerana kami ingin memberi penghormatan kepada idola kami," kata Insigne.
"Ini menyakitkan dan kami mengambil berat lebih dari sebelumnya malam ini untuk memberikan persembahan hebat untuknya dan kota yang sedang menderita."
Napoli naik ke kedudukan kelima di Serie A, enam mata terlepas dari pendahulu tanpa kalah Milan.
Gennaro Gattuso juga memperoleh kemenangan ke-50 sebagai ketua jurulatih dalam saingan Serie A, menjadi pengendali Napoli pertama yang memenangi dua pertembungan Serie A pertama ke atas Roma.
Astro Arena
Mon Nov 30 2020

Lorenzo Insigne, memegang t-shirt nombor 10 Maradona, meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya dalam perlawanan Serie A antara Napoli dan AS Roma, di Stadium Naples San Paolo, Naples, Itali, 29 Nov, 2020. (Foto AP)
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Sekurang-kurangnya 1,450 penduduk telah dipindahkan, manakala 100 lagi dilaporkan hilang.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.

Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.

Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.

Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.

Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.

Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.

Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.