Bantahan terhadap pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel 7 Disember lalu berterusan dengan ketegangan terbaru dilaporkan berlaku.

Di Baitulmaqdis, pasukan keselamatan Israel terus bertindak kejam dengan melancarkan bom tangan bagi menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan warga Palestin pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, pasukan keselamatan Israel turut merampas sejumlah bendera Palestin daripada kumpulan penunjuk perasaan tersebut.

Pada hari sama, empat warga Palestin terbunuh manakala puluhan yang lain cedera dalam pertempuran di Tebing Barat dan berhampiran sempadan Gaza.