Turki bakal mengeluarkan kereta buatannya sendiri menjelang 2021, menerusi jalinan usaha sama dengan lima buah syarikat, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).
Majlis pelancaran usaha sama itu berlangsung di Istana Presiden dan dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri, Binali Yildirim dan Menteri Sains, Industri dan Teknologi, Faruk Ozlu.
Lima syarikat tersebut ialah - Anadolu Group, BMC, Kiraca Holding, Turkcell dan Zorlu Holding.
Erdogan, mengucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan, di atas usaha sama yang terjalin dan berjanji akan menyokong penuh usaha itu.
Beliau berharap prototaip pertama kereta buatan tempatan itu dapat disiapkan pada 2019 dan jualan bermula pada 2021.
"Kita akan menghasilkan kereta tempatan Turki yang pertama, dengan reka bentuk dan teknologi terbaik untuk negara dan dunia," katanya.
Menurut Erdogan, adalah memalukan kerana Turki berada di belakang dalam industri pembuatan kereta, sedangkan pada tahun lepas sahaja lebih 750,000 kereta telah terjual.
Turki pernah menghasilkan kereta tempatan pada 1961, yang dipanggil Devrim (Revolusi), namun projek itu gagal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2017
ERDOGAN: Kita akan menghasilkan kereta tempatan Turki yang pertama, dengan reka bentuk dan teknologi terbaik untuk negara dan dunia. - Gambar fail
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.
AWANI Tonight: 10 May 2024
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Kuala Kubu Bharu: Survey predicts PH to retain seat
2. Spain, Ireland to recognise Palestinian state on May 21
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Kuala Kubu Bharu: Survey predicts PH to retain seat
2. Spain, Ireland to recognise Palestinian state on May 21
#AWANIEnglish #AWANINews
Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Beratur panjang demi daging RM18 sekilogram
Orang ramai sanggup berbaris panjang sebelum pukul 7 pagi tadi untuk membeli daging lembu segar yang dijual dengan harga runtuh RM18 sekilogram (kg) di sebuah gerai di Kampung Gong Kemuntong di sini.
Turki bakal hasilkan kereta buatan tempatan menjelang 2021
Lima syarikat tersebut ialah - Anadolu Group, BMC, Kiraca Holding, Turkcell dan Zorlu Holding.
Turki lanjut tempoh darurat tiga bulan lagi
Usul berkenaan menerima sokongan Parlimen menerusi undian oleh anggota parti pemerintah dan pembangkang.