Seorang Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Batu di Malang Jawa Timur dijumpai mati tergantung dengan seutas tali di dalam bilik di rumahnya semalam.
Menurut laporan portal-portal berita dalam talian hari ini, mayat Sandy Pratama Putra, 28, wakil rakyat daripada parti Nasional Demokratik (Nasdem) itu ditemui oleh keluarganya di dalam rumah mereka di Jalan Raya Tlekung di Kota Batu, Malang.
Anggota DPRD ialah bersamaan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri di Malaysia.
Ketua bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Batu, Waluyo berkata polis masih menjalankan siasatan tetapi setakat ini tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah.
Wakil rakyat itu dipercayai menggantung diri dengan menggunakan tali plastik yang diikat pada alang rumah.
Keluarga Sandy juga dikatakan enggan melakukan bedah siasat mayatnya dan mahu mengebumikan jenazah itu dengan segera.
Selain menjadi wakil rakyat, Sandy yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masih kecil itu, juga menjalankan pelbagai perniagaan termasuk industri makanan ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017
Seorang Anggota DPRD Kota Batu di Malang Jawa Timur dijumpai mati tergantung dengan seutas tali di dalam bilik di rumahnya pada Ahad. - Gambar hiasan
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Ahli Parlimen Indonesia, Arkadius Mungpin meninggal dunia akibat kemalangan di Kuching
Arkadius Mungpin yang berusia 44 tahun sebelum itu dikatakan datang ke Kuching bagi mendapatkan rawatan kesihatan.
Wakil rakyat dijumpai mati tergantung
Seorang Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Batu di Malang Jawa Timur dijumpai mati tergantung dengan seutas tali di dalam bilik di rumahnya pada Ahad.